Thursday, June 30, 2016

Selamat berblogger kembali saya merasakan kepelikan pada orang2 kita yang terus memberikan sokongan pada LGE tapi mengutuk mufti tanpa tabayyun... tragedi

Tuesday, April 3, 2012

Peranan pendidik

Assalamualaikum

Ada beberapa noktah yang penting untuk kita halusi apabila membicarakan isu peranan pendidik. Antaranya ialah
1. Kepercayaan orang ramai kepada diri pendidik itu sendiri. Mesti ada kejujuran dalam diri.
2. Nilai pendidik diukur sejauh mana komitmennya dengan Islam agamanya.
3. Pendidik berinteraksi dengan tabiat jiwa manusia berbanding seorang pengurus yang melihat aspek pengurusan. Pendidik terpaksa screen jiwa manusia.
4. Pendidik mesti berusaha mengubah cara fikir dan meninggikan keazaman.
5. Visi dan misi organisasi akan tercapai dengan perubahan manusia. Perubahan manusia di tangan seorang pendidik.
6. Pendidik mesti memahami level manusia
7. Pendidik mesti memahami dimensi ideologi dalam proses perubahan
8. Pendidik mesti berinteraksi dengan gerakan kehidupan, ada sifirnya dan berkembang mengikut sunnah alam
9. Pendidik juga perlu menjaga keseimbangan dalam semua aspek kehidupannya.

Wallahualam

Sunday, January 1, 2012

Pindah Rumah


Pindah Rumah
Pada 4hb Jan 2012 ini, saya akan pindah rumah ke Larkin sebagai warden di Asrama Kelompok KPYPJ. Insyaallah dengan matlamat untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang mampu membawa perubahan pada diri mereka, keluarga dan masyarakat di Malaysia tercinta ini.
Kenangan di Taman Impian Jaya, tidak akan dilupakan terutama sahabat-sahabat saya, Razak MB, Ghaffar dll. Moga Allah memberkati kehidupan mereka semua. Semangat gotong royong dan bantu membantu masih menebal dalam hati dan jiwa orang-orang melayu kita... itulah di antara perkara yang saya pelajari dan amati sepanjang keberadaan di TIJ. Thanks

Sunday, January 23, 2011

Satu Kehidupan - coretan kawan lama

Ana rasa kebanyakan kita skrg byk belanja byr rumah, kereta dan pendidikan anak2. Klu 3 ni selesai, tak begitu byk pun sebenarnya duit klu hanya utk mkn. Skrg kat kl ana masak sendiri hari2. Pagi bangun prepare breakfast dn lunch+dinner. Lepas tu baru buat apa2 atau pegi keje. Bila kira2 sebulan ana spend dlm RM600-700 shj dgn kiraan Rm350-400 barang kering sebulan, RM60-80 brg basah seminggu. Itu kira masak yg baik menggunakan ikan elok, udang, sotong, ayam organic, daging kambing&lembu fresh. Tak budget2 sgt bila masak. Beras guna basmathi moghul taj mahal. RM 42 per 5kgKlu beli ikan yg lebih murah dan budget sikit masa masak.. Boleh kurang lagi dan ana pernah cuba cuma RM400 shj sebulan utk 4 org mkn. Itu mkn ikan yg less than rm10 perkilo mcm kembung, selar, bawal mas, cencaru, sardin, gelama dll. Ayam pun mkn ayam daging biasa yg rm6/kilo dan daging beku yg rm10-11/kg. Beras guna cap rambutan@sakura. RM 14 per 5kg.Jadi klu semua hutang dah settle, anak dah hbs belajar, budget masa bersara perlu utk mkn berdua rm400, bil rm200, minyak kete gi masjid rm200, beli baju&misc rm100. Emergency rm100. Demam gi je hospital kerajaan byr sehinggit. Bagus dah skrg ni hospital dan klinik kerajaan. So rm1000 je dah cukup.... Tak pyh tunggu duit juta2. Lagi nk senang dok pondok aje.. Mak ana byr pondok RM100 dan upah org masak ambil mangkuk tingkat rm150. Baru rm250 sebulan. Tak pyh pening nak kemas rumah, masak segala bagai... Hidup ni pun sebenarnya apa sgtlah yg kita perlu.. Tempat tinggal, makan, pakaian dan aktiviti harian. Yg jadi susah mcm ruhana ckp... Sibuk nk bermewah.. Persediaan hari tua nak kete mewah, rumah besar, gi vacation sini sana.. Sepatutnya rasa semua ni masa muda.. Dah tua rumah besar2 menyusah nk mengemas je.. Kete besar dan cantik pun klu takat org tua yg pandu, tak ada sapa heran pun sbb orgnya dah tak cantik.. Klu kita hidup ala ala aje.. Anytime boleh bersara. Kita sibuk nk bermewah dn bergaya pun bkn dpt apa...dpt penat aje...

Wednesday, January 12, 2011

Kampus KPYPJ


Moga menjadi semangat untuk orang Johor belajar di sini nanti. Dijangka siap Jan 2013.. kita tunggu dan lihat nanti.. insyaallah

Wednesday, August 25, 2010

Tokek

Tanggapan luar biasa telah diberikan oleh masyarakat mengenai tokek yang ternyata benilai tinggi. Masyarakat berbondong-bondong memburu tokek ataupun memelihara sambil berharap dapat menjual tokek dengan ukuran yang besar dan berharga tinggi. Namun sampai sekarangpun masih banyak yang tidak mengerti untuk apa tokek diperjual belikan dan apa khasiat sebenarnya.

Sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmiah/bukan magic bahwa ternyata tokek mengandung suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. fakta ini muncul seperti pada kejadian empedu beruang yang ternyata juga mengandung zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1telah menunjukkan hasil yang signifikan. zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanker/metastasis sel kanker, melawan HIV dan H1N1 viral. Mari kita semua mengharapkan yang terbaik bagi umat manusia dengan ditemukannya sistim pengobatan ini.

Tokek adalah nama umum untuk menyebut cecak besar. Ada beberapa jenis tokek, namun istilah tokek biasanya merujuk kepada jenis tokek rumah berikut.

Tokek rumah adalah sejenis reptil yang masuk ke dalam golongan cecak besar, suku Gekkonidae. Tokek rumah memiliki nama ilmiah Gekko gecko (Linnaeus, 1758). Dalam bahasa lain hewan ini disebut sebagai téko atau tekék (bahasa Jawa), tokék (bahasa Sunda), dan tokay gecko atau tucktoo (bahasa Inggris).

Sumber: Wikipedia

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru gesa ummah jadikan bulan Ramadhan sebagai satu madrasah membentuk jati diri melayu muslim yang sebenar







Johor Bahru, 10 Ogos 2010: Yang Dipertua Isma Cawangan Johor, Tuan Haji Mohd Tahir Bin Hamdan menggesa masyarakat melayu muslim di Negara ini menjadikan bulan Ramadhan sebagai satu madrasah membentuk jati diri melayu muslim yang sebenar. Beliau berucap ketika menyampaikan majlis penutup ihya ramadhan peringkat negeri Johor baru-baru ini. Kehadiran mencecah 140 orang memenuhi dewan kuliah Monash University Cawangan Johor Bahru. Beliau juga sudi untuk menyampaikan buku dan poster ramadhan kepada wakil-wakil ahli dari Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru dan lain-lain kawasan.
Beliau juga menekankan bahawa dengan adanya ramadhan kali ini dapat memberikan impak yang lebih baik kepada ummah. Ini adalah kerana melalui ibadah puasa inilah dapat membentuk jati diri dan seterusnya dapat membentuk keluarga yang benar-benar melaksanakan hukum Islam dan akhirnya dapat membangunkan daulah Islamiyah. Kesungguhan dan komitmen yang diberikan dalam penghasilan yang akan datang mudah-mudahan dapat memberikan impak yang sangat baik untuk masa depan Islam.
Ihya Ramadhan kali ini juga diserikan dengan penyampaian yang bernas dari Ustadz Salman Abd Rahman tentang bagaimana kita nak menfaatkan bulan yang mulia ini. Beliau juga menerangkan tentang hukum hakam yang berkaitan dengan ramadhan.
Terdapat 2 slot penyampaian oleh Ustadz Salman yang diatur oleh pihak penganjur. Slot yang pertama adalah berkenaan tentang Ramadhan itu sendiri. Ustaz Salman telah membawakan tajuk yang sangat menarik untuk para peserta hayati bersama. Tajuk tersebut adalah Ramadhan : Membina Ummah. Penceramah menegaskan bahawa bulan Ramadhan adalah sebagai tiang utama binaan ummah. Ini dapat dilihat daripada rukun Islam itu sendiri yang mana salah satunya adalah puasa. Beliau menerangkan lagi bahawa Islam ini didirikan atas 5 perkara. Ustaz Salman juga membawa peserta kembali kepada sirah bahawa banyak peristiwa sirah yang telah berlaku ketika bulan Ramadhan. Antaranya adalah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain lagi. Ini membuktikan bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan kerehatan malah bulan Ramadhan adalah bulan untuk berjuang.
Selain itu, Ustaz Salman menerangkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah. Bulan dimana kita harus tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh yakin dan ikhlas tanpa banyak mempersoal sebab dan hikmah. Bulan yang menuntut kita mengawal nafsu syahwat dan api kemarahan. Didalam bulan inijuga dituntut memperbanyakkan infaq ke jalan Allah kerana di dalam bulan Ramadhan ini Allah menjanjikan setiap ibadah akan digandakan pahalanya. Penceramah juga menjelaskan bahawa bulan ini akan mendatangkan perasaan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat.
Pada slot yang kedua. Topik yang dibincangkan adalah mengenai Fiqh Puasa. Didalam slot ini, penceramah menerangkan mengenai keringanan yang diberikan kepada golongan-dolongan yang diborlehkan untuk tidak berpuasa. Penceramah tidak memberikan ceramah dengan panjang. Slot ini lebih menekankan kepada pertanyaan peserta jika terdapat segala kemusykilan mengenai puasa ini.

Antara komen peserta mengenai program ini.

“Dengan adanya program seperti ini dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai hikmah Ramadhan. Selain itu dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai Fiqh puasa dan boleh disebarkan kepada orang lain. Dengan adanya program seperti ini dapat membuahkan semangat untuk menjalankan ibadah puasa.” Norashiken Bt Samsuddin, Guru.

“Alhamdulillah, program seperti ini baik. Banyak sangat input yang berguna terutamanya mengenai fiqh puasa. Semoga dengan kehadiran Ramadhan ini dapat melatih diri untuk lebih bersungguh-sungguh dalam rangka ketaatan kepada Allah.” Siti Noraini, Pelajar UTM.

“Alhamdulillah, program ini dapat membantu saya mengingati perkara-perkara yang telah lupa. Sebenarnya apa yang disampaikan kita sudah tahu, tetapi dengan adanya program seperti ini dapat refresh semula untuk dipraktikkankan. Dengan adanya ilmu ini juga, saya berharap dapat dissampaikan kepada mereka yang tidak hadir.” Siti Asmaliza Basuni, Pelajar UTM.

Wartawan ISMA JB