Tuesday, April 3, 2012

Peranan pendidik

Assalamualaikum

Ada beberapa noktah yang penting untuk kita halusi apabila membicarakan isu peranan pendidik. Antaranya ialah
1. Kepercayaan orang ramai kepada diri pendidik itu sendiri. Mesti ada kejujuran dalam diri.
2. Nilai pendidik diukur sejauh mana komitmennya dengan Islam agamanya.
3. Pendidik berinteraksi dengan tabiat jiwa manusia berbanding seorang pengurus yang melihat aspek pengurusan. Pendidik terpaksa screen jiwa manusia.
4. Pendidik mesti berusaha mengubah cara fikir dan meninggikan keazaman.
5. Visi dan misi organisasi akan tercapai dengan perubahan manusia. Perubahan manusia di tangan seorang pendidik.
6. Pendidik mesti memahami level manusia
7. Pendidik mesti memahami dimensi ideologi dalam proses perubahan
8. Pendidik mesti berinteraksi dengan gerakan kehidupan, ada sifirnya dan berkembang mengikut sunnah alam
9. Pendidik juga perlu menjaga keseimbangan dalam semua aspek kehidupannya.

Wallahualam

Sunday, January 1, 2012

Pindah Rumah


Pindah Rumah
Pada 4hb Jan 2012 ini, saya akan pindah rumah ke Larkin sebagai warden di Asrama Kelompok KPYPJ. Insyaallah dengan matlamat untuk mendidik anak bangsa menjadi manusia yang mampu membawa perubahan pada diri mereka, keluarga dan masyarakat di Malaysia tercinta ini.
Kenangan di Taman Impian Jaya, tidak akan dilupakan terutama sahabat-sahabat saya, Razak MB, Ghaffar dll. Moga Allah memberkati kehidupan mereka semua. Semangat gotong royong dan bantu membantu masih menebal dalam hati dan jiwa orang-orang melayu kita... itulah di antara perkara yang saya pelajari dan amati sepanjang keberadaan di TIJ. Thanks