Wednesday, September 16, 2009

PROGRAM SUMBANGAN ISMAJB KEPADA FAKIR MISKIN



Mengorak langkah menuju destinasi





13hb Sept 2009 Ahad, Wanita ISMAJB mengorak langkah lagi kali ini di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk menzahirkan keperihatinan kita kepada keadaan masyarakat yang memerlukan bantuan dan sokongan.



Rumah keluarga Mohd Rofi




Ketua Wanita ISMAJB Ustazah Suhana dan Aktivis wanita ISMAJB ustazah Rashidah menziarahi keluarga Mohd Rafi yang mengidap kanser darah kritikal sejak 4 tahun yang lepas. Beliau sebenarnya telah mengidap kanser darah semenjak 10 tahun lalu tapi baru dapat di kesan tahun 2005. Moga Allah merahmati beliau dan diberi kekuatan untuk menghadapi hari mendatang. Hiba hati saya Melihat keadaan beliau yang begitu kurus dan sanggup lagi melayani kami yang datang. Sebenarnya beliau hanya bertahan dengan morfin (sejenis dadah) untuk menahan kesakitan yang beliau alami ini.







Ada beberapa keluarga lagi yang kami ziarahi dan selebihnya kami telah menyerahkan kepada AJK masjid Kota masai pasir Gudang untuk di tauzi'kan kepada senarai nama yang telah dikenalpasti sebelum ini. Kebanyakkannya adalah ibu tunggal yang ada anak ramai dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Buat akhirnya, sama-sama lah kita menginsafi bahawa ramai di dalam masyarakat kita yang memerlukan bantuan da sokongan.. ayuh lah kita berusaha membina generasi harapan negara dan agama.

setiausaha ismajb


Sunday, September 13, 2009






salam semua

20hb Ogos 2009 bersamaan 29 Syaaban 1430 Hijrah. Berlangsung anugerah kecemerlangan pelajar KIJ 2009 di hotel selesa. Harapan pada semua pelajar supaya sentiasa gigih berusaha menggapai kecemerlangan diri. Moga diberkati Allah. saya paparkan juga di sini beberapa keping gambar yang sempat diambil sebagai kenangan. Antara yang menarik pada saya ialah ucapan owner audit firm yang menaja program ini sepanjang tahun yang menyeru para pelajar merubah diri.