Tuesday, April 3, 2012

Peranan pendidik

Assalamualaikum

Ada beberapa noktah yang penting untuk kita halusi apabila membicarakan isu peranan pendidik. Antaranya ialah
1. Kepercayaan orang ramai kepada diri pendidik itu sendiri. Mesti ada kejujuran dalam diri.
2. Nilai pendidik diukur sejauh mana komitmennya dengan Islam agamanya.
3. Pendidik berinteraksi dengan tabiat jiwa manusia berbanding seorang pengurus yang melihat aspek pengurusan. Pendidik terpaksa screen jiwa manusia.
4. Pendidik mesti berusaha mengubah cara fikir dan meninggikan keazaman.
5. Visi dan misi organisasi akan tercapai dengan perubahan manusia. Perubahan manusia di tangan seorang pendidik.
6. Pendidik mesti memahami level manusia
7. Pendidik mesti memahami dimensi ideologi dalam proses perubahan
8. Pendidik mesti berinteraksi dengan gerakan kehidupan, ada sifirnya dan berkembang mengikut sunnah alam
9. Pendidik juga perlu menjaga keseimbangan dalam semua aspek kehidupannya.

Wallahualam